Minggu, 23 Mei 2010

akukah..//

things.jpg
Akukah yang tidak memahami
Erti kata kiasan
Yang telah kau ungkapkan
Lewat sebuah pesanan
Juga maksud erti sindiran
Yang cuba kau sampaikan
Melalui sejenak panggilan

Akukah yang masih tidak faham
Apa yang telah kau katakan
Hadirmu di daerahku ini cuma persinggahan
Yang bakal kau tinggalkan
Untuk menuju sebuah pelabuhan

Akukah yang tidak mahu faham
Langsungnya sebuah perbicaraan
Maksud sebenar telah kau ungkapkan
Bahwa aku hanya mawar pinggiran
Yang warnanya keusangan

Bukan aku tidak faham
Segala bait-bait pertuturan
Tapi aku kebingungan
Dan aku perlukan penjelasan
Untuk apa maksud dan tujuan
Aku kau jadikan boneka mainan

Kini aku sudah faham
Bahawa aku cuma pelepas kesepian
Yang sedang bertandang
Kerna kau telah ditinggalkan
Malah kini aku benar-benar faham
Setelah aku pula kau biarkan
Terkapar-kapar tanpa pesan
Berbalaslah seuntai dendam
Yang sekian lama kau pendam
Dalam segunung perasaan
Lalu menjadi letusan
Dan aku kau jadikan bahan
Mangsa keadaan

Tidak ada komentar: